Nota Sang Gembala Kuda ( Komsas )

Sang Gembala Kuda
Rangkap 1 :

Penjaga kuda seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh menghalau kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakuktkan kuda-kuda yang sedang berada di padang agar bersegera balik ke kandang.

Rangkap 2 :

Sementara itu, dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak perduli akan nasib mereka dijadikan tunggangan untuk memburu kuda-kuda yang lain.

Rangkap 3:

Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali berusra nyaring, penjaga kuda itu begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah kononya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala kekejaman.

Rangkap 4 :

Penjaga kuda hanya  mahu kudanya berlari dengan kencang tannpa mengambil kira kepenatan kuda yang boleh membawa kemenangan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda yang ditungganginya itu. Penjaga kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda it uterus ditunggangi penjaga tanpa belas kasihan.

Tema

Kekuasaan dan tugas penjaga kuda serta penganiayaan tenaga haiwan.

Persoalan :


  •           Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.
  •           Ketegasan dalam memimpin.
  •         Penganiayaan terhadap haiwan.
  •         Kepatuhan dan kesetiaan menurut perintah.
  •         Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
  •         Kebijaksanaan mengekplostasi golongan yang lemah.
  •         Pasrah dan reda akan kentantuan Ilahi.

Nilai :


-     →   Tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.

-     →  Keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

-     →  Kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

-     →  Kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangannya walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

-     →  Kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.


Pengajaran.


-     →   Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.

-     → Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah  berputus asa.

-     → Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugasan agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
-    →  Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.

-    →  Kita hendaklah bijak dalam merancang dan mejalankan tugas dengan baik dan sempurna.

Comments